Inhouse product
Sacha Inchi Oil kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Terdapat 3 kandungan di dalam Sacha Inchi iaitu Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus.
Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi Oil:
Lebih kurang 60% kandungan otak kita adalah lemak. Bermaksud kita memerlukan lemak yang sihat dari sumber makanan seperti Sacha Inchi untuk membina membran sel otak dan menyuburkan sel-sel otak kita.
Pengambilan omega-3 dapat meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).
Omega3 dan vitamin E memainkan peranan penting untuk manfaat ini. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan keanjalan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Biji yang dihasilkan ini mempunyai pelbagai khasiat dan perlu dikomersialkan ke peringkat antarabangsa. Buah sacha inchi ini dikomersialkan dalam bentuk kapsul atau minyak pati.